BISMILLAH
sahabatku yng saya kasihi sekalian. Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga Baginda sebagai tanda penghormatan kita kepadanya. Kali ini saya ingin berkongsi dengan saudara semua tip dan trick yang cukup bagus menurut saya.
Allah memerintahkan kepada hamba-Nya agar memohon perlindungan kepada-Nya daripada kejahatan dan hasutan syaitan. Allah sahaja yang mampu menghalang gangguan syaitan.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Fussilat ayat 36 yang bermaksud : "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Memohon perlindungan adalah perkara yang sangat penting kerana syaitan mempunyai hasrat untuk menyesatkan manusia, tidak beriman dan syirik kepada Allah dan suka melakukan maksiat, serta berputus asa dan kehidupannya jauh daripada agama seterusnya masuk neraka bersama-samanya. Demikianlah kedengkian dan dendam syaitan terhadap umat manusia yang tidak pernah habis sehingga hari kiamat. Antara cara lain untuk melindungi diri daripada gangguan jin dan syaitan adalah dengan berwuduk dan solat.
Hal ini disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang bermaksud :
"Sesungguhnya marah itu berasal daripada syaitan, dan sesungguhnya syaitan diciptakan daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Jika salah seorang daripada kamu marah, hendaklah dia mengambil wuduk."
•Ayat-Ayat Pelindung Beberapa ayat yang disarankan untuk diamalkan sebagai ayat pelindung. Abu al-Tiyah berkata :
"Seorang lelaki pernah bertanya kepada Abdul Rahman bin Khanbash : 'Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika diperdaya oleh syaitan?' Beliau menjawab : 'Baginda pernah dikerumuni syaitan-syaitan yang datang dari gunung dan lembah yang menghendaki diri Baginda. Ada syaitan yang terdapat nyalaan api di tangannya dan hendak membakar Baginda. 'Maka Jibril a.s. menemui
Baginda dan berkata : 'Wahai Muhammad, ucapkan :
Maksudnya : 'Aku berlindung kepada kalimah- kalimah Allah yang sempurna, yang tidak dapat dilampaui orang yang baik dan yang buruk, daripada kejahatan yang diciptakan, yang didatangkan dan dijadikan-Nya, daripada kejahatan yang turun dari langit, daripada kejahatan yang tersimpan di bumi, dari kejahatan fitnah cubaan malam dan cubaan siang, daripada kejahatan setiap yang datang kecuali sesuatu yang datang dengan kebaikan wahai yang Maha Pengasih.' "Lalu, Baginda mengucapkannya lalu membuatkan api-api syaitan itu padam dan Allah membakar mereka." (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nu'aim)
Ibnu Sunni meriwayatkan daripada Anas, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang mengucapkan ketika masuk waktu pagi :
Auzubillahhiminassayton nirrohim
Maksudnya : 'Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang terkutuk', maka dia dilindungi daripada syaitan hingga petang." Daripada Abu Sa'id : "Rasulullah s.a.w. biasa berlindung daripada jin dan daripada pandangan mata
manusia sehingga turun mu'awwizatain (surah al- Falaq dan surah al-Nas).
Ketika kedua-dua surah ini turun, maka Baginda membacanya dan meninggalkan bacaan yang lainnya."(Riwayat al-Tirmizi) Sekian artikel singkat kali ini tentang hindari gangguan syaitan dengan ayat pelindung.
Semoga bermanfaat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar