Minggu, 06 Januari 2013

Bicara Hati Seorang Wanita



Bicara Hati Seorang Wanita

Bismillah
Aku wanita, ditakdirkan Ilahi untuk singgah di duniaNya yang sementara ini.
Perjalanan hidupku amatlah berliku, namun aku tetap bersyukur ker hadratNya, aku masih mampu menikmati setiap helaan nafas yang menerjah paru-paruku ini.

Aku insan lemah yang selalu melakukan kesilapan. Aku juga seperti wanita lain, punyai keinginan hati yang ingin dipuaskan.

Tetapi aku tidak mahu hanyut dalam lautan ombak nafsu yang mengganas. Akan ku berenang melawan keganasan ombak hingga ku sampai ke syurga.

Aku mengerti mengapa wanita gemar mempamerkan sebahagian besar tubuh mereka. .
Bangga menguasai diri apabila dapat mempamerkan hiasan diri persis model, menggoda.

Aku mengerti perasaan sedemikian. Pakaian ketat dipilih. Bentuk badan yang cantik haruslah ditonjolkan.Aku mengerti.

Tetapi hari ini, aku melihatnya dari perspektif berbeza. Aku tidak mahu tubuhku menjadi ratahan mata-mata lelaki yang ganas. Aku seseolah sengaja membiarkan diri didekati lelaki-lelaki yang rendah nilainya. Rendah nilainya bukan sahaja dari aspek maruah, malah juga rendah nilai hatinya.

Hari ini dia mengenaliku dan menyentuhku, keesokan harinya dia tinggalkan aku.
Dia sekadar mendekati aku kerana ingin memuaskan nafsunya, bukan untuk dia sematkan aku di hatinya. Ya, dia mendekati aku berlandaskan nafsu.

Andai aku memakai pakaian yang menutup auratku, pasti lelaki yang mendatangiku, lelaki yang boleh mencintai aku bukan disebabkan kecantikan tubuh badanku, bukan juga kejelitaanku tetapi apa yang ada di hatiku. Itulah cinta sejati buatku.

Dia mencintai hatiku. Pasti dia dapat menemaniku sehingga hujung hayatku, menjagaku saat aku sakit dan melindungi aku sebagai isteri. Andai aku menjaga tingkah laku, pemakaian dan akhlakku, pasti lelaki yang mendekatiku adalah lelaki yang menghormatiku, baik akhlaknya dan bukan berteraskan nafsu semata-mata.

Dan apabila mereka ingin jadikan seseorang wanita itu isteri, pasti mereka dekati dengan cara yang baik, sebagaimana agama Islam telah gariskan.

Kata-kata manis mudah dilontarkan, namun tingkah laku sukar dilakukan.
Andai seseorang itu menyukai aku, pasti dia usahakan agar aku dijadikan isterinya, bukan sekedar menabur janji-janji manis tak berkesudahan.

Masih belum terlambat selagi nyawa dikandung badan.Selagi matahari terbit di sebelah Timur.
Dan yang paling utama, Allah itu Maha Pengampun. Pasti Dia akan rencanakan hidup yang lebih bahagia dan tenang selepas ini. Yakinilah pada Dia.

Sama-samalah kita berdoa agar kita semua berada di bawah lindunganNya dan diberi hidayah agar diri ini tiada lagi hanyut.

Sumber http://www.aishaardini.com/2011/05/bicara-hati-seorang-wanita.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar